Tuesday 10 June 2014

:: majlis berendoi umairah zahiera :: part 2

assalammualaikum

arini nk gtau uolss pasal barang barang yang sy buat untuk goodies majlis berendoi umairah zahiera aritu.. masa sy ngan opah decide nak buat majlis ni sebenarnya tinggal lagi 2 minggu je dari majlis.. sebabnya masa tarikh tu je makcik makcik marhaban free.. so agak kelam kabut la sebenarnya nak buat persiapan..

masa umairah dalam perut lagi sy memang teringin sangat nk buat pelamin buaian tu ngan nk printed yassin.. ok gigih mak ko ni nak oiii, search sana, google sini nak cari yang paling murah ..

masa ngah cari cari buaian tu sambil sambil tengok gak yassin printed mana yang murah.. akhinya sy pilih yang ni.. sekeping yassin dia bagi RM1.50 je.. tempahan 100 keping ke atas. pastu mula la episod episod berbalas wasap nak design macam mana.. sy pilih untuk umairah yang ni..da confirm semua.. tggu dorang pos je, dari kelantan ok.. kemain jauh lagi kan....

sy pilih yang ni simple je kannn...

yang ni plak sticker untuk tampal kat botol kaca

untuk sticker ni sekeping RM0.40 tempah kat tempat yang sama.. sy memula nak tempah jugak untuk yang lekat kat mineral water tu.. skali tya sekeping dia nak RM0.60.. bila fikir fikir balik.. macam membazir plak kalau lekat kat mineral water tu mesti org buang kan.. kalau yang ni tampat kat botol sekurang kurangnya org simpan kot.. kottt la kan.. kalau uolss nak tempah bleh la tengok tengok kat sini

untuk botol botol kecik ni sy beli kat sayang you kat semua house.. tempat korang korang beli barang untuk kahwin kahwin tu.. 25 biji rm19 hengget je.. bajet kan.. pastu beli riben riben tu, potong dan tampal.. da siap tampal semua sy masuk kan marshmellow dalam tu.. beli je kat kedai borong.. satu peket rm5.00 boleh dapt lebih dari 20 botol..

ni la rupanya bile da siap

untuk mineral water plak sy nak jugak yang macam ni.. beli kat kedai borong kat chow kit depan ngan kuil singh kat pasar chow kit.. 35 botol kalau tak salah rm7.50.. merata cari ni tak jumpa.. laz laz ade member gtau kat situ ade jual.. ok dapattt...

ni la rupanya mineral water sea master.. nak jugak yang ni sebab comel..

pastu sy beli paper bag pun kat sayang you.. 10 keping.. rm3.50.. suka yang macam ni sebab simple.. sy tak berape berkenan yang bunga bunga tu semua, so pilih la yang ni..


settle bab goodies.. pastu kite cari plak buaian tu. cari cari memang banyak sangat yang berkenan.. tp harga semua meletup letup.. memang tak mampu la kan.. cari punya cari sy dapat la yang mcm ni.. RM320.00 sekali ngan transport.. akak yang buat ni dok kat cheras je kalau tak silap.. peramah orangnye.. masa booking uolss kena bayar 50 hengget deposit.. pastu masa da siap pasang kat umh bayar lagi balance yang tinggal..

 

kalau uolss berkenan sila la terjah sini ok

untuk marhaban rm100.00 je.. khemah rm270.. pastu makan makan semua catering je.. opah yang bayar.. hehe..



baju untuk princess.. beli kat lovely lace.. orang sponsor.. tima kasih awk sbb sponsor baju ngan headband tu untuk umairah.. sy saje amik baju ni besar sbb sy nk tutup kaki dia.. dan boleh pakai lagi 2 3 tahun kot.. sy sangat hargai baju ngan headband ni..

alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. walaupun penat sket dari sebelum majlis smpai la ari majlis.. tp sy puas sebab dapat buat semua sendiri untuk umairah.. ramai sedara mara, kawan kawan yang datang.. alhamdulillah bayak jugak rezeki utk umairah aritu.. dan umairah sangat baik mood nye di ari kejadian.. tak meragam pun.. dia tau agaknya majlis utk dia..



3 comments:

Lady Mira said...

Assalamualaikum.... boleh tau marhaban ambik dari mana ye? boleh bg contact?

azuramaya said...

sy amik kat fb page www.facebook.com/qalisyabuaian.berendoi.. ni no fon 019-3945062.. cuba awk call ye lady mira

Lady Mira said...

sorry ganggu lagi... utk mineral bottle tu... beli kat kedai borong apa ye? sebab depan kuil sigh chow kit tu... kalau tak silap byk kedai periuk2 cam tu... ada kt situ ker?