Wednesday 6 May 2015

:: happy anniversary ::

assalammualaikum..

arini 6 mei 2015.. sembilan tahun tarikh perkahwinan sy bersama arwah suami.. memang tetiap tahun pun kami tak pernah nak celebrate.. juz wish semoga rumahtangga yang kami bina kekal ke akhir hayat.. tapi tidak pada tahun ni.. ianya semua hanya tinggal kenangan.. arwah terlebih dulu pergi meninggalkan sy bersama tiga orang anak syurga yang menjadi kekuatan saya.. walaupuan arwah da tak de bersama saya.. tp dia tinggalkan setiap kenangan manis kami berdua.. dia tinggalkan anak anak yang comel untuk sy.. untuk menjadi pelindung dan kekuatan sy dalam menempuh segala cabaran kehidupan selepas ini.. InshaAllah sy akan membesarkan dan mendidik anak anak ni sebaik baiknya.. 

"abang, mas tak kan pernah lupa sepanjang kite bersama.. 8 tahun lebih melayari bahtera perkahwinan sememangnye abg adalah suami terbaik untuk mas.. walaupun kekadang kite dibadai ombak tapi abg cukup sabar melayan setiap inci perangai mas.. pada tarikh ni.. sembilan tahun lepas mas telah sah menjadi hak abg.. kite sama sama melayari setiap inci asam garam kehidupan dalam alam rumahtangga kita. maaf kan mas atas segala kesalahan yang telah mas lakukan.."


Al-Fatihah untuk arwah suamiku Johan Bin Ali @ Othman